Berita

BN, PAS, BERSATU sepakat cadang Saarani MB Perak

- Diterbit 9 Disember 2020 8:56 AM MYT

GABUNGAN Perikatan Nasional Perak (PN) yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), PAS dan BERSATU bersetuju mencadangkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu

Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung BN Tan Sri TPr Annuar Musa, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Hamzah Zainuddin memaklumkan, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan Presiden Perak, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan negeri Perak yang turut disertai ketiga-tiga Setiausaha Agungnya hari ini.

“Atas semangat permuafakatan PN, ketiga-tiga parti telah bersetuju mencadangkan Saarani untuk diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak,”

“Perbincangan hari ini juga telah mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri,”

“Ketiga-tiga parti turut bersepakat untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam Kerajaan PN di negeri Perak dan peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat,” katanya

Tambah kenyataan itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak atas kekhilafan yang berlaku.-OLEH AZLAN ZAMBRY -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas