Biz

Bina rumah atas tanah sendiri lebih jimat – Al Ansar IBS

PLT
- Diterbit 12 Januari 2022 9:15 AM MYT

TANYALAH kepada sesiapa sahaja yang baru memiliki kerjaya, apakah keinginan utama mereka apabila sudah memperoleh pendapatan setiap bulan.

Kebanyakan mereka menjawab mahu mempunyai kediaman sendiri tanpa mengira saiz besar atau kecilnya. Bagaimana pun bukan semua berkemampuan merealisasikan hasrat tersebut.

Apakah halangan ini disebabkan golongan muda lebih tertarik memiliki kenderaan yang mahal dan terpaksa membayar ansuran tinggi kepada pihak bank? Adakah mereka gemar berbelanja mewah atas pakaian berjenama dan gajet seperti telefon yang menjadi faktornya?

Menurut Pengerusi Eksekutif Al Ansar IBS, PLT , Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin, komitmen yang ditanggung golongan remaja membataskan mereka untuk memiliki kediaman sendiri.

“Saya tidak setuju dengan pendapat tersebut sepenuhnya kerana setiap orang datang daripada pelbagai latar belakang.

“Bukan semua mempunyai keluarga yang berharta dan berada. Kumpulan ini mempunyai alasan yang kukuh tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana semasa usia muda, perkongsian rezeki wang gaji dengan ibu bapa dan keluarga termasuk dalam bajet mereka.

“Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak pula, jumlah kewangan yang diperlukan untuk perbelanjaan bulanan bertambah, begitu juga dengan pendidikan yang perlu diutamakan.

“Justeru bukan sesuatu yang terlambat untuk memiliki kediaman sendiri walaupun sudah menghampiri usia bersara. Semua itu bergantung kepada keupayaan daya urus kewangan masing-masing,” katanya ketika menjawab soalan pihak media dalam majlis pelancaran Banglo IBS Mesti Bina 2022 anjuran syarikatnya baru-baru ini.

PENGERUSI Eksekutif Al Ansar IBS, PLT , Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin.

Beliau tidak menafikan sejak akhir-akhir ini pihaknya menerima permintaan yang lebih tinggi dalam kalangan pelanggan yang bakal menamatkan perkhidmatan atau selepas bersara.

“Betul , lebih ramai dalam kalangan pesara tetapi bagusnya mereka membuat keputusan di usia matang. Mempunyai simpanan tunai yang mencukupi malah mampu membinanya di atas tanah sendiri.

“Menariknya terdapat juga pesara membina kediaman yang kedua atau ketiga sebagai lokasi khas untuk berkumpul dengan anak-anak dan ahli keluarga. Bermakna mereka mengawal kemampuan bajet, bebas menentukan reka bentuk idaman dan kos mengikut harga nilai semasa,” ujarnya.

DATUK Seri Muhamad Khanafi Husin bersama Pengurus Besar Al Ansar IBS, Farizal Tumiran dalam majlis pelancaran Banglo IBS Mesti Bina 2022.

Seperti di Al Ansar, pihaknya mempunyai kakitangan terlatih untuk membantu pelanggan mengira kos pembinaan tanpa mengabaikan pilihan dan cita rasa rekaan yang diingini.

“Misalnya pelanggan menyatakan hasrat membina kediaman di atas tanah sendiri, kami akan menasihatinya supaya meneruskan hasrat tersebut kerana kos lebih rendah dan jimat jika dibandingkan dengan kos membeli rumah yang sudah siap dibina.

“Sebagai contoh melalui promosi awal tahun bermula pada 11 Januari hingga 25 Mac 2022 yang dilancarkan baru-baru ini, Al Ansar memperkenalkan lima rekaan terbaru.

Rekaan tersebut mempunyai tiga hingga lima bilik dan ditawarkan daripada harga terendah selepas diskaun, RM135,000 sehingga RM295,000 sebuah.

Antaranya rekaan Mawar, Jasmine, Zulaikha, Sakura dan Elyna yang pada bila-bila masa boleh dilihat melalui virtual tour di www.bangloibs.com

“Ramai yang sedia maklum, Al Ansar mempunyai rekod menyiapkan banglo IBS kurang daripada enam bulan malah pelanggan mempunyai peluang mengunjungi tapak pembinaan untuk melihat sendiri progres pembinaan rumah masing-masing. Justeru tidak timbul masalah kontraktor tidak telus,” katanya.

Pihaknya mensasarkan jualan sepanjang tahun ini sebanyak RM25 juta bakal diperolehi mengikut kategori RM12 juta untuk Banglo IBS Mampu Milik, RM8 juta untuk Banglo IBS Hybrid Premium dan RM5 juta untuk projek baik pulih kediaman.

Sementara itu, menurut pengurus besarnya Farizal Tumiran, sebagai menghargai pelanggan pihak syarikat masih mengekalkan pelbagai hadiah iringan yang mencecah hampir RM20,000.

“Al Ansar akan menyediakan pemasangan lampu dan kipas secara percuma di setiap ruang, table top sepanjang lapan kaki, seunit pemanas air, perjanjian pembelian percuma, perlindungan takaful rumah dan perabot untuk tempoh setahun, juga pemasangan kornis syiling di ruang tamu, ruang makan dan ruang keluarga.

“Malah ketika promosi berlangsung di seluruh semenanjung turut diadakan happy hour yang menawarkan televisyen Smart TV 40 inci. Lebih menarik pihak syarikat juga memberi pengurangan harga banglo mengikut rekabentuk yang dipilih sehingga 15 peratus.

“Jika digabungkan nilaian barangan dan perkhidmatan yang diberikan dengan pengurangan harga banglo, orang ramai akan menikmati diskaun sehingga RM40,000, “ ujarnya.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi talian 011-13107525 / 011-13107086 atau layari laman YouTube: banglo ibs – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas