TENTU ramai wanita berbadan besar di luar sana yang tercari-cari jubah yang selesa dan menepati jenis fabrik kegemaran.
Jangan risau kerana jubah Bidadari Syurga Trading (Bidadari Syurga) kini memenuhi impian mereka. Harga pula sangat berpatutan.
Pengasas syarikat, Datuk Nooraini Kamaruddin berkata, kain berkualiti tinggi dengan menggunakan fabrik creepe itu sangat bersesuaian digunakan oleh wanita untuk pakaian harian kerana ia lembut dan sejuk serta tidak perlu digosok.

Menurut beliau, jubah yang dijual pada harga RM80 itu turut mesra muslimah dan juga mesra solat.
“Kami mengunjurkan jualan untuk jubah dan khimar yang dilancarkan boleh mencecah kepda 1,000 pasang sebulan,” katanya selepas majlis pelancaran jubah dan khimar Bidadari Syurga diinspirasikan oleh Noura Kay Fashion, baru-baru ini.
Noura Kay Fashion adalah salah satu cabang kumpulan perniagaan di bawah Bidadari Syurga selain disokong oleh beberapa segmen perniagaan berkaitan kosmetik, produk wangian dan juga produk penjagaan kecantikan.

Nooraini menjelaskan, fesyen jubah yang dihasilkan daripada ideanya sendiri telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pengedarnya di seluruh negara.
“Koleksi terbaharu ini memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita memlilih pelbagai jubah yang ditawarkan dalam saiz besar kerana agak sukar bagi kumpulan tersebut untuk berfesyen.
“Khimar juga tersedia untuk memenuhi keperluan tersebut dan koleksi yang mudah dipakai itu menawarkan empat warna menarik serta kualiti kain yang dibuat daripada fabrik heavy chiffon yang tidak panas serta tidak jarang,” ujarnya. – WILAYAHKU