Berita

Bella Astillah buat apa di pejabat agama jam 2.40 pagi?

- Diterbit 9 Mac 2024 5:50 AM MYT

KECOH dalam media sosial apabila pelakon dan penyanyi Bella Astillah di Pejabat Agama Islam seawal jam 2.40 pagi tadi.

Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen susulan sebuah hantaran terkini yang dikongsikan Melodi TV3 menerusi laman Instagram, sebentar tadi.

“Pelakon & Penyanyi Bella Astillah muncul di Pejabat Agama Islam jam 2.40 pagi, ada apa tu Bella???,” tulis paparan berkaitan.

Menerusi video pendek tersebut, isteri kepada Aliff Aziz itu dilihat memakai tudung hitam bersama blaus berwarna merah jambu yang dipadankan bersama jeans biru.

Malah ibu kepada dua cahaya mata itu turut ditemani dua wanita bertudung yang memakai pelitup muka.

Semoga segalanya  baik-baik saja. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas