KERAJAAN bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga 40 ringgit sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan 55 juta ringgit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan, kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.
“Kerajaan akan terus menambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar mengikut tahap penggunaan elektrik.
“Kerajaan berharap keputusan ini memberi isyarat tepat kepada pengguna untuk mempraktikkan kecekapan tenaga dan amalan berjimat cermat dalam penggunaan elektrik seharian,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat. – WILAYAHKU – SYED HAZIQUE