Bekas Pembantu Peribadi ALIFF SYUKRI Meninggal Dunia
FOTO kenangan Aliff Syukri bersama bekas pembantu peribadinya, Allahyarham Ghazi

Bekas Pembantu Peribadi ALIFF SYUKRI Meninggal Dunia

BEKAS pembantu peribadi selebriti dan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang dikenali sebagai Ghazi dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Isteri Aliff iaitu Datin Shahida berkongsi berita duka ini menerusi Instagramnya dengan memuat naik ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Dukacita saya maklumkan, bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi, seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali Bin Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mari Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah dan sama-sama doakan rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosanya, dilapangkan kuburnya, ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh.

“Saya akan rindu awak Ghazi. Saya sayang awak tapi Allah lebih sayang,” tulisnya. 

Manakala rakan kepada Allahyarham yang juga bekas kakitangan Aliff iaitu Melati turut berkongsi berita arwah dalam keadaan tenat disebabkan apendiks telah pecah dan kuman khabarnya telah merebak ke paru-paru.

CATEGORIES