Berita

Bapa Safawi meninggal dunia

- Diterbit 30 November 2023 11:21 PM MYT

BAPA kepada pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi iaitu Rashid Sulong meninggal dunia di Dungun, Terengganu, awal pagi tadi.

Berita sedih ini dikongsi Safawi menerusi Instagram Story miliknya.

“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi sebentar tadi dan semoga beliau (roh) dicucuri rahmat. Al Fatihah,” tulisnya.

Bagaimanapun, Safawi tidak berkongsi punca kematian dan lokasi pengebumian jenazah arwah ayahnya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas