Selebriti

Bapa Ebit Lew meninggal dunia

- Diterbit 13 Julai 2021 9:46 AM MYT

BAPA kepada usahawan dan pendakwah bebas popular, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew dilaporkan meninggal dunia di Gleanagle Hospital,Ampang, petang ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook dan Instagram, Ebit berkata, jenazah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia, ya Allah beratnya rasa ujian ini, i love you bapak.

“Bapak pergi dulu, nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak, sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana, letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik, terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” tulisnya.

Marilah sama-sama kita doakan agar Allahyarham bapa Ustaz Ebit Lew ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas