Selebriti

Bapa Ayu Damit meninggal dunia

- Diterbit 2 Julai 2021 7:50 AM MYT

BAPA kepada penyanyi popular Ayu Damit iaitu Damit Osiri telah meninggal dunia petang ini akibat kanser di rumah kediaman mereka di Putatan, Sabah.

Menerusi instagramnya, Ayu berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan bapanya.

“Assalamualakikum… Dukacitanya Ayu maklumkan bahawa bapa Ayu Damit Bin Osiri telah meninggal dunia sebentar tadi di rumah.

“ Terima kasih pada semua yang selama ini mendoakan bapa Ayu. Pada hari Jumaat yang mulia ini bapa telah pergi buat selamanya. Semoga bapa ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin.

“Terima kasih atas segala jasamu bapa yang selama ini memelihara dan menyayangiku dari kecil hingga ke saat terakhirmu.

“Ayu berharap suatu hari kita akan berjumpa di syurga nanti. Amin ya rabbal alamin,” luah Ayu.

Terdahulu, pada Mei lalu Allahyarham Damit,72, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, selepas tidak sedarkan diri.

Ketika itu, Ayu menjelaskan bapanya menghidap penyakit kanser otak tahap empat dan dimaklumkan sudah merebak ke bahagian paru-paru.

Sama-sama kita doakan agar Allahyarham Damit ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin… – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas