Baja Milagro bukan sekadar dijual, tapi didik manusia hidup sihat

Baja Milagro bukan sekadar dijual, tapi didik manusia hidup sihat

MEMPERHALUSI kewujudan jenama baja organik, Milagro dipasarkan syarikat HMJ Biz Point Sdn Bhd sejak Oktober 2017, ada asbab dan niat tersendiri yang mahu didorong.

Bukan sekadar menjual produk, malah pemilik jenama berpengkalan di Melaka itu, Haji Mat Jantan sendiri mahu mendidik pengguna dan ejen untuk hidup secara ‘organik’ atau lebih tepat mengamalkan gaya kehidupan sihat.

Secara umum, terdapat dua jenis baja iaitu baja kimia dan baja organik. Namun baja organik dihasilkan daripada bahan asli tanpa campuran bahan kimia seperti pereputan sisa pertanian yang mudah terurai contohnya sisa tanaman dan sisa haiwan menjadi pilihannya.

PEMILIK empayar Milagro, Haji Mat Jantan.

Penggunaan baja organik secara meluas saban tahun dan menjadi pilihan petani mahupun pekebun untuk meningkatkan kesuburan tanah bagi menghasilkan produk pertanian yang lebih sihat dan selamat selain potensi yang ada mendorongnya mengkomersialkan jenama berkenaan.

Maksud Milagro sendiri yang diambil daripada bahasa Sepanyol memberi erti keajaiban yang menterjemahkan rasa mahu memberi kebahagiaan semua manusia sejagat.

“Cuma apabila menyebut hal organik ini, mentaliti dan tafsiran kita ia bersifat mahal. Benar, saya tak nafikan perkara itu. Baja organik saya jual sendiri sedikit mahal berbanding baja kimia. Tapi perniagaan saya ini bukan atas kapasiti nak untung semata-mata.

“Tapi nak mendidik kita semua supaya lebih menghargai nyawa dan kesihatan diri. Dengan bercucuk tanam sendiri menggunakan baja organik dapat berjimat berbanding membeli rangkaian produk seumpama itu di pasaran yang jelas agak mahal.

“Asbab usaha saya ini membolehkan ramai mendapat hasil tuaian bercucuk tanam yang sihat, selamat dan cepat. Penggunaan baja organik dalam kuantiti sikit pun menuai hasil yang berlipat ganda. Kesihatan juga bertambah baik. Itu antara yang diakui ejen dan pengguna baja keluaran syarikat saya,” katanya.

Tegas Haji Mat lagi, potensi baja kimia sendiri boleh mendorong banyak kesan dan penyakit termasuk kanser.

“Sebab itu saya mahu lebih ramai lagi beralih ke baja organik. Awalnya usaha mendidik dan mendekati masyarakat untuk beralih ke baja organik bukan mudah terutama orang Melayu. Tapi kaum Cina sudah lama menyedari kepentingan baja organik.

“Baja organik yang dihasilkan terbukti berkesan untuk membantu kesuburan tanaman. Ia mampu mengurangkan kadar masam dan asid tanah selain membantu mempercepat proses larut resap. Satu pek baja saya mampu mencerna 100 pasu tanaman.

“Ia juga dapat membantu memperbaiki pengudaraan dan resapan air untuk memastikan perkembangan akar pokok yang lebih sihat. Sangkaan segelintir petani bahawa baja kimia dan racun serangga mampu meningkatkan hasil adalah silap kerana penggunaan bahan itu boleh membunuh serangga baik yang membantu proses pendebungaan tanaman,” katanya.

HAJI Mat Jantan didik hidup sihat menerusi baja organik.

Selain baja organik Milagro, jenama itu turut mengeluarkan NPV atau vaksin tanaman semulajadi yang bertindak sebagai penggalak imuniti dan penghalang serangga, Matado.

Baja organik premium dijual pada harga RM30, NPV (RM25) dan Matado (RM30).

“Serentak dengan kolaborasi Pensyarah dari Universiti Pertanian Malaysia, dalam membangunkan ‘smart enzyme’, kita juga akan hadirkan wajah baru baja organik dengan versi lebih premium dan formulasi ditambah baik. Majlis pelancaran telah berlangsung pada 11 Mei lalu di Wisma Hajimat, Melaka.

“Sehingga kini kita mempunyai 11,000 ejen seluruh Malaysia. Malah kita juga mahu sasarkan 3,000 mini nurseri atau semaian tanaman diusahakan ejen. Ejen kita pun ada yang di kalangan pekerja profesional dan lanjut usia dengan status pencen.

“Awal dulu, kita hasilkan 30 tan baja organik sebulan. Tapi kini 300 tan sebulan. Jualan produk pada tahun 2021 juga mencecah RM14 juta,” katanya.

Bersempena sambutan Syawal, jenama itu menganjurkan kempen Riooh Raya Milagro mengajak lebih ramai menjana pendapatan dan memeriahkan laman tanah rumah.

“Boleh tekan pautan  https://linktr.ee/bajamilagro . Masa musim raya inilah kena dapatkan baja kami untuk bercucuk tanam.

“Malah di kalangan artis dan selebriti seperti Datuk Chef Wan, Didie Alias, Syafie Naswip dan Ustazah Asma Harun pun mengakui ‘keajaiban’ jenama ini,”katanya.

SEKITAR majlis pelancaran pembungkusan baharu produk Milagro Premium di Wisma Hajimat 11 Mei lalu.

Sedikit info, baja jenama ini dihasilkan daripada sisa pepejal seperti tinja ayam, habuk kayu dan ‘smart’ enzim. Ia diproses pada suhu 85 darjah celcius dengan tempoh masa 24 jam menggunakan teknologi pintar.

Ia 100 peratus organik, bebas patogen, selamat digunakan dan mengandungi bakteria baik, Bacillus subtilis dan Bacillus tequilensis yang membantu pertumbuhan pokok.

Ia mempunyai 12 nutrisi selain memiliki sterol dan phenol yang berfungsi meningkatkan imunisasi dan sistem ketahanan dalam melawan serangga perosak, penyakit dan situasi ‘stres’.

Ia juga mampu meningkatkan pH tanah. Ia pada masa sama mampu meningkatkan aktiviti makro dan mikro organisma yang mampu menyuburjab tanah contohnya menerusi cacing tanah.

Umum mengetahui kepentingan baja dalam membantu meningkatkan kesuburan tanah dan hasil tanaman.

Baja mengandungi unsur pemakanan untuk tumbuhan yang dibekalkan secara langsung bagi tumbesaran tanaman. Hasil tuainya membolehkan ia dinikmati manusia sejagat. – WILAYAHKU

Share This