Berita

“Bagi mereka yang ada suami mungkin tidak sedih” – Ramlah Ram

- Diterbit 13 Mei 2021 10:48 AM MYT

BAGI penyanyi Ramlah Ram, 56, beraya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang tidak meriah namun akur perintah tersebut untuk kebaikan semua rakyat.

“Sudah tentu rasa sedih apabila tahun kedua tidak dapat beraya bersama ibu di Kluang, Johor.

“Bagi mereka yang ada suami dan keluarga mungkin tidak terasa sedih sangat apabila tidak boleh merentas negeri. Lainlah saya ni hidup solo dan tiada siapa-siapa di Kuala Lumpur.

“Kalau orang tanya tentang persiapan raya, saya akan jawab tiada apa-apa yang nak disediakan pun,” katanya yang menganggap hari rayanya tidak bermakna tanpa ibu.

“Iyalah, setiap kali hari raya apa yang saya fikir adalah mahu beli pakaian dan kuih-muih untuk mak. Jadi, apabila semua itu tidak dapat dilakukan, hari raya saya seolah-olah tak bermakna tanpa ibu di sisi.

“Apa yang saya paling rindu sudah tentu sambal kacang air tangan mak. Sambal kacang Johor ini lain daripada yang lain.

“Apa boleh buat, memanglah sedih beraya dalam tempoh PKP, tetapi kenalah redha kerana itu adalah untuk kebaikan semua,” ujar Ramlah Ram yang muncul dengan lagu raya berjudul Kemenangan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas