Berita

AYDA JEBAT Ngorat NABIL Rupanya.. Bakal Bernikah 1 Januari 2021

|AYDA Jebat dan Nabil Mahir bakal bernikah pada 1 Januari 2021
- Diterbit 7 November 2020 2:31 AM MYT

PASANGAN  selebriti pujaan ramai, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan bakal bernikah pada 1 Januari 2021.

Berita gembira itu diumumkan pasangan berkenaan menerusi siaran di saluran YouTube Channel Wuvvshow pagi ini.

Dalam video tersebut, Ayda dan Nabil juga berkongsi rahsia bagaimana mereka boleh berkenalan enam tahun lepas sehingga bakal menjadi suami isteri tidak lama lagi.

AYDA Jebat dan Nabil Mahir bakal bernikah pada 1 Januari 2021

Nabil mengaku amat meminati Ayda ketika itu tetapi hanyalah sebagai peminat. 

Lebih menarik, pasangan ini membongkar rahsia Ayda Jebat yang mengambil langkah pertama memikat Nabil. 

“Itu adalah kali pertama saya DM (direct message) lelaki dan cuba berborak. Sebelum ini saya tak pernah buat macam tu. Dia kiranya lelaki bertuah.

“Bila saya tanya ada girlfriend, dia cakap single. Sehinggalah kami bertemu, dia bagi ayat power. Katanya ‘let me take care of you’.

“Masa tu saya senyum saja, tapi percayakan dia,” Luah Ayda Jebat. 

Dalam video yang ditayangkan itu juga, terdapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan kepada pasangan tersebut.

 Video BilAydaJatuhCinta yang dimuat naik di saluran YouTube itu juga turut mendedahkan apa yang berlaku sepanjang percintaan mereka.

Semoga segala urusan Ayda Jebat dan Nabil berjalan dengan lancar dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas