Berita

“Haiwan Jalanan Sebahagian Dalam Hidup Kita” – ZARA ZYA

|KUCING jalanan adalah sebahagian dalam hidup kita
- Diterbit 6 November 2020 10:21 PM MYT

PELAKON Zara Zya yang juga pemilik Restoran ZaraZyaCooks menggesa masyarakat agar memberi makanan kepada haiwan jalanan yang tiada sumber makanan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Zara, banyak haiwan jalanan terjejas sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

“Dalam tempoh ini, agak sukar dan terbatas untuk perkhidmatan haiwan jalanan memberi makan kerana perlu patuh kepada arahan kerajaan demi mengekang wabak COVID-19. 

“Tambahan pula waktu operasi kedai makan pun terhad dan ada yang menghentikan operasi seketika. 

“Saya sendiri selalu bawa makanan kucing ke mana pun saya pergi. Memang tersedia ada dalam kereta. Apabila terjumpa kucing jalanan, saya terus beri mereka makan. 

KUCING jalanan adalah sebahagian dalam hidup kita

“Jadi kita pikullah tanggungjawab ini bersama dengan memberi makan kepada haiwan-haiwan jalanan di kawasan masing-masing.

“Sanggupkah  kita melihat haiwan jalanan menyelongkar tong sampah yang kotor, akhirnya menjejaskan kesihatan mereka.

“Kita perlu terima, haiwan jalanan juga adalah sebahagian dalam hidup kita. Insya Allah, rezeki kita pasti lebih murah dengan memberi makan kepada mereka,” jelas Zara Zya,35, yang sebelum ini popular menerusi drama Love You Mr. Arrogant, Korban Kasih, Seadanya Aku, Monalisa, My Sweet Lavender dan banyak lagi. -WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas