Biz

Aspek kepimpinan kunci kembangkan bisnes… Azizan Osman jadi contoh

Datuk Wira Dr. Azizan Osman dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Managepay System Berhad (MPay) seperti dimaklumkan di Bursa Malaysia semalam.|MENTOR Usahawan
- Diterbit 23 September 2022 4:58 AM MYT

ASPEK kepimpinan merupakan antara kunci penting bagi seseorang usahawan mampu membina bisnes berjaya.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., tanpa kepimpinan yang mantap, sukar untuk sesebuah bisnes melonjakkan ke tahap lebih tinggi.

“Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sangat menekankan aspek kepimpinan bagi bangsa usahawan yang dibimbing.

“Beliau bukan saja bercakap, malah menunjukkan teladan kepimpinan baik kepada warga RichWorks dan anak didiknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

MENTOR Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Managepay System Berhad (MPay) seperti dimaklumkan di Bursa Malaysia semalam.

Dalam pada itu, Radz mewakili seluruh warga syarikat mengucapkan setinggi tahniah buat Dr. Azizan merangkap Pengerusi RichWorks atas pelantikan sebagai Pengarah Bukan Bebas dalam Managepay Systems Berhad (MPay) berkuat kuasa semalam.

“Kami sangat berbangga atas perlantikan Dr. Azizan yang menjadi pengiktirafan atas sumbangan dan peranan signifikan beliau dalam melahirkan bangsa usahawan berjaya di negara.

“Dr. Azizan bersama RichWorks mula melatih dan membimbing usahawan sejak 15 tahun lalu hingga menyaksikan banyak jenama dan syarikat terutama Bumiputera berkembang malah capai jualan jutaan ringgit,” jelasnya.

MENTOR Usahawan, Dr. Azizan Osman menyaksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi Titanium Premier – Partner (TPP) pertama RichWorks pada Jun lalu.

Radz berkata, Dr. Azizan bukan saja membimbing malah merupakan seorang pelabur bahkan ‘pelajar’ yang sentiasa meningkatkan pengetahuan dengan ilmu dan strategi keusahawanan terkini untuk manfaat anak didik bimbingannya.

“Perkara ini dibuktikan bila mana beliau baharu saja menyelesaikan ijazah kedoktoran (PhD) tempatan pertamanya bersama institut pengajian tinggi tempatan, Asia e University (AeU) pada 19 Ogos lalu.

“Bahkan sebelum itu, beliau mengambil dan mendapat kelulusan dalam Chartered Institute of Management Accountants (CIMA),” jelasnya.

Mengulas lanjut lagi, Radz memberitahu, Dr. Azizan juga tak pernah jemu belajar dan mendapatkan ilmu baharu bagi menyediakan bangsa usahawan.

“Passion beliau dari dulu hingga kini untuk melihat transformasi dan metamorfosis usahawan dan bisnes mereka berkembang ke tahap lebih tinggi.

“Bukan itu saja, beliau juga sedang menyediakan beberapa syarikat yang dibimbingnya untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh 3 tahun ini,” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas