Berita

Arab Saudi terus salur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin

- Diterbit 6 Januari 2024 10:50 AM MYT

PESAWAT ke-37 yang membawa bantuan kemanusiaan Arab Saudi yang dikendalikan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) pada Jumaat berlepas dari Riyadh menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish di Mesir.

Bantuan seberat 23 tan terdiri bekalan makanan, khemah perlindungan dan ubat-ubatan untuk dihantar kepada penduduk Palestin yang terjejas di Semenanjung Gaza, menurut Agensi Berita Arab Saudi.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada peranan kerajaan Arab Saudi dalam menyokong rakyat Palestin yang sedang menghadapi pelbagai krisis. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas