Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway, Sepanyol yang mengiktiraf Palestin

- Diterbit 24 Mei 2024 12:23 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol dalam mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat.

Menurut Anwar, ketiga-tiga negara Eropah itu memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan.

“Niat murni negara-negara ini jelas terpacul saat diumumkan keputusan tersebut, dan ini bukti nyata bahawa mereka memperaku hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri.

“Detik bersejarah ini menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua timur tengah,” katanya hari ini.

Anwar menegaskan, kepada negara-negara lain yang belum berbuat demikian perlu memahami fakta bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan warga Palestin.

“Malah, usaha mereka dalam mencari dan menjelmakan keadilan tidak mampu tertahankan lagi.

“Ayuh bersama di garis ini dalam mengemudi sejarah lantas memungkinkan perubahan yang bermakna buat rakyat Palestin,” tegasnya. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas