Berita

Annuar serah sumbangan peralatan rumah kepada asnaf

- Diterbit 3 September 2020 12:53 PM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Tpr Annuar Musa berkesempatan menyantuni golongan asnaf di sini menerusi Program Komuniti @ Wilayah,di Labuan hari ini.

Dalam program tersebut, beliau menyerahkan sumbangan berbentuk kelengkapan peralatan rumah seperti barangan elektrik serta perabot kepada Jostin Matanggal yang merupakan seorang asnaf di Kampung Sg. Bedaun.

Program tersebut dilaksanakan dibawah Program Community Care yang juga merupakan salah satu inisiatif 13 Cakna Wilayah Prihatin yang telah diumumkan oleh beliau baru-baru ini.

Sementara itu, beliau juga berkesempatan menyantuni beberapa warga kampung selepas menyerahkan sumbangan tersebut.

Terdahulu, Annuar mengadakan lawatan kerja selama dua di pulau ini bermula hari ini. -KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas