Berita

ANDRE OMAR Nama Anak FARAH NABILAH

- Diterbit 30 Oktober 2020 1:01 AM MYT

SELEPAS hampir seminggu melahirkan anak sulungnya, akhirnya elakon Farah Nabilah akhirnya berkongsi nama putera kesayangannya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul. 

Menerusi instagramnya, Farah Nabila yang lebih mesra dipanggil Fawaa berkongsi berita gembira itu. 

“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” tulisnya sambil berseloroh dengan keadaan pipi bayinya yang tembam.

Terdahulu, Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Hotel Royale Chulan Damansara.

Antara drama lakonan Farah Nabilah adalah Titian Cinta, Kau Yang Pertama, Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Papa Ricky dan banyak lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas