Berita

Amaran ribut petir di Selangor, Sarawak dan Sabah

- Diterbit 14 Januari 2021 1:04 AM MYT

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan sama juga berlaku di Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Bahagian pedalaman di Sabah melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort turut mengalami keadaan cuaca yang sama manakala amaran ribut petir di Labuan pula adalah sehingga 9 pagi ini. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas