Amanah nyata pendirian sokong Tun Mahathir terus terajui negara

Amanah nyata pendirian sokong Tun Mahathir terus terajui negara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan pendirian untuk memberi sokongan penuh kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan seterusnya memimpin Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan, Presiden Amanah, Mohamad Sabu berharap agar Dr. Mahathir meneruskan tugasnya untuk melalui kemelut politik yang berlaku.

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada Dr. Mahathir untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.

“Kami teguh berdiri bersama PH dan Tun (Dr. Mahathir) untuk Malaysia yang lebih baik,” kata Mohamad. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS