Berita

Tun Mahathir masih boleh tarik balik surat letak jawatan

ZULQARNAIN LUKMAN
- Diterbit 24 Februari 2020 10:30 AM MYT

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh menarik balik surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri jika kesahihan surat itu belum diterima oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peguam Dr. Zulqarnain Lukman berkata, ini kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan perkara itu secara jelas.

“Ramai yang minta Parlimen dibubarkan. Masalahnya siapa yang nak minta Parlimen dibubarkan jika tiada Perdana Menteri?

“Jika begitu, saya ingat kalau perletakan jawatan Perdana Menteri ditolak adalah lebih mudah bagi YDPA (Yang di-Pertuan Agong).

“Namun, jika perletakan jawatan Tun (Dr. Mahathir) diterima maka YDPA mesti melantik Perdana Menteri ke-8 segera kerana tidak sayugia Malaysia tiada Perdana Menteri (PM) untuk tempoh masa yang lama meskipun PM itu kemudiannya terbukti tidak mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Dalam keadaan ini, Zulqarnain berkata, pihak yang benar-benar menjadi king maker adalah Ahli Dewan Rakyat dari Malaysia Timur.

“Sokongan mereka adalah penting untuk PM ke-8,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas