PENYANYI popular yang terkenal dengan lagu raya Kepulangan Yang Dinanti, Aman Shah disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Menurut sumber, Aman atau nama penuhnya Aman Shah Abu Kassim menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.20 petang di Institut Jantung Negara.

Dikhabarkan, arwah yang juga terkenal menerusi filem Darah Satria itu mengalami masalah jantung sebelum dibawa ke IJN untuk mendapatkan rawatan.
Arwah dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak minggu lalu dan menjalani pembedahan semalam akibat komplikasi jantung. – WILAYAHKU