Berita

Ainan Tasneem Selamat Lahirkan Sepasang Bayi Kembar Secara Normal

- Diterbit 20 Disember 2020 11:22 AM MYT

PENYANYI Ainan Tasneem meluahkan rasa syukurnya setelah selamat melahirkan sepasang bayi kembar di sebuah hospital di Shah Alam pada 18 Disember lalu. 

Menerusi instagramnya, Ainan,28,  berkongsi pengalamannya melahirkan sepasang anak kembar secara normal.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para tabi’in yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.

“Ainan telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yg soleh dan solehah pada hari Jumaat hari yg barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52am dan 12.11pm.

“Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery. 

“Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar. Terima kasih sangat kepada Dr Siti dan nurse-nurse yang banyak membantu di Hospital Salam.

“Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang. Aamiin Ya Mujib,” luahnya yang pernah popular dengan lagu Aku Suka Dia, 150 Juta dan Kamu Saja.

Terdahulu, Ainan berkahwin dengan  seorang jurutera iaitu Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada Januari 2017. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas