Berita

AIH Putrajaya 2022 dibuka, hadiah RM21,900 menanti

- Diterbit 15 Ogos 2022 4:22 AM MYT

PIHAK Perbadanan Putrajaya (PPj) menjemput semua penduduk, institusi awam dan swasta di Putrajaya untuk menyertai Anugerah Inisiatif Hijau (AIH) Putrajaya 2022 yang akan berlangsung bermula 15 Julai hingga 30 Ogos ini.

Terdapat tiga kategori yang akan dipertandingkan sempena AIH Putrajaya 2022 iaitu Penjimatan Elektrik, Penjimatan Air dan Pengurangan Sisa Pepejal.

Para peserta dikehendaki mengemukakan semua dokumen penyertaan melalui link Google Forms yang disediakan. Penyertaan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghantar e-mel kepada Seksyen Bandar Hijau Putrajaya di [email protected] (TPr Wang Tze Wee), ahmad.helmi@ ppj.gov.my (Ahmad Helmi Abu) dan [email protected] (Muhammad Fahri Zulkipli).

Semua warga Putrajaya dijemput menyertai program ini, sama-sama kita menyumbang kepada Putrajaya Bandar Hijau Rendah Karbon. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas