Berita

Ahmad Said, isteri positif COVID-19

- Diterbit 19 Januari 2021 1:30 PM MYT

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu  Datuk Seri Ahmad Said dan isterinya Toh Puan Seri Norliza Mahmud, disahkan positif COVID-19.

Bekas menteri besar Terengganu itu berkata, beliau melakukan ujian calitan tiga hari lepas, selepas berasa tidak sihat dan mengetahui keputusannya hari ini.

“Saya membuat ujian calitan kerana berasa tidak sihat baru-baru ini. Rasa ‘dok rok’ (letih) sangat ketika sedang berkebun, sedangkan itu rutin saya.

“Saya dan isteri sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan berada dalam keadaan yang stabil. Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesihatan kami suami isteri,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal itu juga berharap, mana-mana individu yang ada berhubung dengannya baru-baru ini, supaya segera membuat pemeriksaan kesihatan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas