Berita

Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia

MD. FARID
- Diterbit 21 September 2019 6:17 AM MYT

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia di Hospital Pontian kira-kira jam 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Md. Farid, 43, Pakar Anestesiologi menyertai Bersatu pada 2017 dan merupakan Naib Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat, Pontian, Johor untuk dikebumikan.

Pada pilihanraya lalu, Allahyarham membuat kejutan apabila menewaskan bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Wee Jeck Seng penyandang kerusi berkenaan dari MCA dengan majoriti 524. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas