
Kredit foto: BERNAMA
Ahli Parlimen Maran dirawat di CCU IJN
AHLI Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Mutalib dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) seperti yang dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
“Sebelum saya memulakan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan sahabat kita, (Ahli Parlimen) Maran berada di CCU, IJN.
“Beliau (ketika ini) tidak boleh dilawati,” katanya ketika memaklumkan perkara itu sebelum Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri bermula di Dewan Rakyat pagi ini.
Beliau turut minta semua ahli dewan mendoakan kesembuhan segera Ismail.
“Kita berdoa agar sahabat kita dilindungi Allah SWT dan sembuh segera,” katanya.- WILAYAHKU