DEBARAN lagu mana yang akan ke Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL 36) reda apabila 12 lagu telah dipilih ke pentas berprestij itu oada Februari ini.
Sejak malam Jumaat lalu, Semi Final Muzik-Muzik Ke-36 (SFMM 36) telah berlangsung selama dua hari berturut-turut.

Berikut merupakan senarai 12 lagu pilihan juri profesional yang mara ke pentas akhir bagi merebut gelaran Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL 36).
01. Mimpi – Haqiem Rusli
02. Sepi – Aina Abdul
03. Nafas Cinta – Khai Bahar & Aina Abdul
04. Boneka – Ernie Zakri
05. Purnama – Naim Daniel
06. Pelukan Angkasa – SOG & Shila Amzah
07. Intan Payung – Bunga Isme & Noraniza Idris
08. Salahku – Yonnyboii
09. Aewo – Shiha Zikir
10. Lara – Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
11. Angkara – Siti Nordiana
12. Cinta – Marsha Londoh

Semua lagu mempunyai kekuatan tersendiri. Lagu manakah yang akan bergelar Juara? Tunggu AJL 36 Februari ini. – WILAYAHKU