PENYANYI rap bertubuh sedap MK dari kumpulan K-Clique mengejutkan ramai peminat apabila muncul dengan adegan mandi dan tidak berbaju dalam sebuah video yang dimuatnaik dalam instagramnya.
Difahamkan video yang menampilkan MK berimej seksi ini adalah untuk mempromosi produk penjagaan rambut keluaran tempatan, Sugardoll.

Rata-rata netizen memuji tubuh dan penampilan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan,25, yang kelihatan lebih tegap dan sado.
“sedapppppp” – @hj.zil
“Dalam air pun hensem” – @nrfaeyzahh
“Kenapalah segak sangat” – @dakkcik
“So handsome” – @syaqirahkyra
“Hidup aku bagai mimpi, betul-betul macam mimpi” – @mastura.mn
“Style lo mylo” – @arifdanialzehhh
“Tak penat ke jadi handsome” – @syues_
Itulah antara komen peminat apabila melihat aksi MK tidak berbaju dalam kolam renang.
Itulah MK. Apa yang dia lakukan, pasti jadi perhatian. Diharapkan usaha MK belajar agama juga turut dicontohi oleh para peminat ya! – WILAYAHKU