Berita

Abu Bakar Omar meninggal dunia

- Diterbit 16 April 2021 4:22 AM MYT

PELAKON veteran popular Abu Bakar Omar disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Centre.

Anaknya, Zainuddin berkata, bapanya meninggal dunia akibat masalah jantung dan beberapa hari sebelum Allahyarham ada mengadu kepenatan.

Jenazah pelakon veteran itu akan diuruskan di kediamannya di Kampung Bukit Nyamuk Kuala Nerang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah selepas solat Asar.

Pelakon yang popular menerusi filem Duyung, Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa ini meninggal dunia di usia 73 tahun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas