Berita

ABP Dan TikTok Hargai Kelab Peminat Artis

- Diterbit 26 Oktober 2020 2:17 AM MYT

BUKAN sahaja mengiktiraf populariti selebriti, Anugerah Bintang Popular BH (ABP) edisi ke-33 dalam norma baharu dengan kerjasama TikTok,  buat julung kalinya memperkenalkan kategori khas untuk menghargai kelab peminat menerusi laman aplikasi  TikTok.

Video kelab peminat yang meraih undian tertinggi akan dinobatkan Anugerah FC #FANtastik Popular. 

Sebanyak 24 kelab peminat  atau ‘FC’ yang sebahagian besarnya mewakili artis bertanding dalam pelbagai kategori pada ABPBH 33 serta aktif menjayakan kempen ABPBH sejak beberapa tahun lalu, mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

ABPBH 33 memberi ruang dan peluang kepada kelab-kelab peminat menunjukkan kreativiti masing-masing dan meneruskan sokongan mereka terhadap artis-artis kesayangan mereka dengan menggunakan laman sosial video TikTok.

Bagi memeriahkan lagi penganjuran ABPBH 33, peminat juga boleh berkongsi video TikTok paling kreatif menggunakan lagu Xiaomi, Xiaomi For Me yang dinyanyikan oleh artis Yonnyboii dan Shalma Eliana bersama gaya tarian yang ditetapkan dengan hashtag #ABPBHKITA2020.

Video paling kreatif dengan ‘engagement’ paling tinggi berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dari Xiaomi.

Tarikh penyertaan dan undian boleh dilakukan di laman aplikasi TikTok bermula 21 Oktober lalu sehingga 8 November ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman sosial Facebook dan Instagram BH atau layari www.abpbh.com.my. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas