Berita

Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas kejutkan pasangan Indonesia

AARON-Wooi Yik menewaskan pasangan Indonesia dengan straight set dalam masa hanya 33 minit. Gambar: Berita Harian AARON-Wooi Yik menewaskan pasangan Indonesia dengan straight set dalam masa hanya 33 minit. Gambar: Berita Harian
- Diterbit 29 Julai 2021 3:52 AM MYT

PASANGAN regu lelaki badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melangkah mara ke peringkat separuh akhir dengan penuh bergaya apabila mereka mengejutkan pilihan pertama dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di Olimpik Tokyo di sini, hari ini.

Aaron-Wooi Yik, pilihan kesembilan temasya sukan, dilihat jelas bekerja keras menyerang pasangan Indonesia itu untuk menewaskan mereka dengan  straight sets, 21-14, 21-17, dalam masa hanya 33 minit di gelanggang Musashino Forest Sport Plaza

Apa yang lebih menarik adalah kenyataan bahawa ini merupakan kemenangan pertama Aaron-Wooi Yi keatas pasangan Indonesia itu selepas lapan perlawanan sebelum ini, sejak pertembungan pertama mereka dalam Terbuka Malaysia 2018. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas