Berita

YWP agihan bantuan bernilai RM457,000

- Diterbit 27 Oktober 2024 11:40 PM MYT

SEBANYAK RM 457,000 bantuan pendidikan diagihkan kepada 429 pelajar dari pelbagai kategori dan skim pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2024.

Majlis dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pendidikam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang juga Pengerusi YWP, Dr Zaliha Mustafa.

Majlis yang berlangsung di Rumah Puspanita, Dewan Tun Dr Siti Hasmah, Kuala Lumpur itu bertujuan meraikan pelajar cemerlang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah mencapai kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2023.

Selain untuk meningkatkan motivasi dan semangat pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Zaliha berkata, anugerah dan bantuan yang diberikan membuktikan komitmen kerajaan
melalui YPW dalam mengiktiraf kejayaan
dan kecemerlangan anak-anak.

Ini juga katanya adalah sebahagian dari inisiatif yang dimasukkan dalam elemen Program Usaha Jaya Insan atau PUJI.

“Di Wilayah Persekutuan, antara tumpuan yang saya selalu bangkitkan adalah untuk mengeluarkan isi rumah miskin tegar dari
cengkaman kemiskinan melalui pendidikan.

“Itu antara salah satu flagship di dalam PUJI, di mana kita berikan bantuan.

“Dari bantuan kewangan seperti hari ini sehinggalah kita sediakan bas MySchoolBus @ Wilayah untuk membantu anak-anak dari keluarga yang tidak berkemampuan ini, datang ke sekolah dan menerima pelajar yang sepatutnya di sekolah.

“Kita cuba untuk memastikan tiada seorang pun anak Wilayah Persekutuan yang tercicir dari pendidikan kerana kesukaran untuk hadir ke sekolah,” katanya.

Ujar Zaliha lagi, ini adalah antara komiwn Jabatan Wilayah Persekutuan untuk membantu anak-anak Wilayah Persekutuan menimba ilmu tanpa diskriminasi.

“Kita percaya bahawa setiap anak mempunyai
potensi untuk berjaya jika diberi peluang yang sama, dan inilah matlamat utama kita,”kata Zaliha dalam ucapannya.

Turut hadir Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan, Mohd Mustafa Ghazanfar; Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar DBKL, selaku wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Tarmizi Baharom; Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Aziz Md Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Kampong Bharu, Dr Amir Raslan Abu Bakar.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas