ANGGOTA Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin, 47, yang menderita sakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh, jam 4.44 petang tadi.
Berita pemergian Allahyarham Nazrul disahkan oleh ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz.
Azadan memberitahu anak allahyarham pada awalnya memaklumkan bapanya tidak sedarkan diri kira-kira pukul 4 petang.
Namun Nazrul disahkan menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas itu.
Media sebelum ini pernah melaporkan Allahyarham menderita penyakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu.
“Nazrul sudah hampir lapan tahun tidak bersama kami namun kami tetap agihkan hasilnya kepadanya. Rezeki diterima kami bahagikan lapan orang. Begitu juga dengan pembahagian royalti,” kata Azadan – WILAYAHKU