PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan sumbangan kepada artis veteran, Jalil Hamid yang kini mengalami maslaja kesihatan.
Menerusi Facebooknya, Anwar berkata, sumbangan dan program ziarah ke rumah artis itu telah diwakili Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi.
“Alhamdulillah, semalam Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan melakukan ziarah ke atas seniman Jalil Hamid serta memberikan sedikit sumbangan kepada beliau.
“Saya mendoakan saudara Jalil dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” tulisnya.

Terdahulu pada 1 Disember lalu, media melaporkan Jalil atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid, 67, mendedahkan dia mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg).
Jali berkata, penyusutan berat badan itu berlaku selepas dia disahkan mengalami masalah jantung dan hilang selera makan sejak setahun lalu. – WILAYAHKU