Berita

Acara sukan bantu rancakkan kembali ekonomi di Labuan

RITHUAN (empat kanan) melepaskan peserta LTTT 3.0 di Perkarangan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, baru-baru ini.
- Diterbit 24 Jun 2023 5:00 AM MYT

PENGANJURAN pelbagai sukan di Labuan ­diyakini mampu merancakkan ­industri perniagaan dan ekonomi setempat terutamanya sektor pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata ia ­terbukti apabila penyertaan Labuan Team Time Trial 2023 (LTTT 3.0) ­disertai sebanyak 92 pasukan membabitkan 386 peserta dari Sabah, Sarawak dan Brunei.

“Dengan penganjuran ­seperti LTTT 3.0 secara tidak langsung akan dapat ­merancakkan lagi ekonomi Labuan khususnya kepada premis perniagaan makanan, ­perhotelan dan pengangkutan.

“Saya harap para peniaga dan pemain industri perniagaan mengambil kesempatan ini dan menggunakan peluang ­sebaik-baiknya untuk menaikkan ekonomi di pulau ini,” katanya kepada pemberita selepas acara pelepasan LTTT 3.0 di Kompleks Sukan Laut Antabangsa Labuan, baru-baru ini.

Perlumbaan kali ketiga itu ­melibatkan laluan sejauh 42 ­kilometer dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000.

Terdahulu penganjuran ­acara itu merupakan kerjasama ­antara Perbadanan Labuan, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Labuan dan Kelab Road Cyclist.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu RB Open (15 tahun ke atas), RB ­veteran (39 tahun ke atas), RB Mix (sekurang-kurangnya seorang wanita), MTB Open (15 tahun ke atas) dan MTB Veteran (39 tahun ke atas). -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas