Berita

Program NGO@Makerthon bantu 20 komuniti PPR berkembang dalam inovasi

CHANG LIH KANG (tengah) ketika merasmikan Majlis Penutupan Program baru-baru ini. Foto: MOSTI
- Diterbit 13 Mei 2023 12:30 AM MYT

SERAMAI 20 komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) berjaya dibantu dalam aspek inovasi melalui Program NGO@Makerthon, baru-baru ini.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berkata ia dilaksanakan bersama Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) melalui agensi masing-masing iaitu SME Corp. Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan sokongan 20 badan bukan kerajaan (NGO).

“Ia juga bertujuan memperkasa NGO tempatan dengan pengetahuan mengenai Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) dalam membangunkan inovasi penyelesaian masalah komuniti PPR dan membina sistem sokongan berterusan untuk komuniti PPR,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Melalui program ini juga, NGO turut dibantu untuk menerapkan penyelesaian inovatif dalam isu sosial utama dalam kalangan komuniti seperti sara hidup, pembangunan komuniti, persekitaran dan penerapan teknologi.

“Sehingga kini, program di bawah Rancangan Malaysia ke11 (RMK-11) itu berjaya memberi impak kepada 258,000 penerima melibatkan seramai 8,000 penerima manfaat langsung manakala 250,000 penduduk PPR turut menerima kesan tidak langsung melalui projek yang dilaksanakan,” katanya.

“Peserta yang berjaya telah diberi geran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000 untuk melaksanakan inovasi yang telah dirancang sepanjang tempoh program,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas