Berita

Sokongan rakyat bukti kehebatan

ANWAR menerima sokongan daripada semua pihak
- Diterbit 29 Disember 2023 8:20 AM MYT

PENCAPAIAN dan kejayaan yang dikecapi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan adalah hasil kerjasama seluruh pasukan di semua kementerian.

Pelbagai bentuk bantuan yang telah dirangka demi memastikan kesejahteraan hidup rakyat terjamin ketika fasa ekonomi yang sangat mencabar.

Dalam pada itu, sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan juga penuh jitu bagi memastikan negara terus maju ke hadapan.

Pakar Geostrategis, Profesor Dr Azmi Hassan turut berkongsi pendapat bahawa antara perkara menarik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sokongan daripada semua pihak yang tidak menggugat kestabilan kerajaan pimpinan beliau.

AZMI HASSAN

“Ia dapat dilihat, rakyat sudah mula menerima kerajaan pimpinan Perdana Menteri, lebih-lebih lagi, banyak pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Pelbagai jenis bantuan disalurkan demi merancakkan kembali ekonomi Malaysia dalam masa yang sama mengatasi masalah inflasi yang melanda dunia,” katanya.

Tambah Azmi, pelaksanaan subsidi bersasar membuktikan kerajaan serius dalam membantu golongan berpendapatan rendah di samping mengatasi masalah ketirisan selain menambah jumlah pendapatan negara.

“Fokus utama kerajaan adalah memastikan nasib golongan berpendapatan rendah terbela di samping mengurangkan pelbagai jenis subsidi kepada golongan berpendapatan tinggi.

Jelas Azmi, kejayaan pihak Kerajaan Perpaduan dalam menarik pelabur-pelabur asing ke Malaysia membuktikan bahawa keutuhan pentadbiran kerajaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas