STESEN penyiaran rasmi negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan perlawanan bola sepak Piala AFF Mitsubishi Electric bermula malam ini.
Menteri Komunikasi dan Digita, Fahmi Fadzil berkata siaran oleh RTM ini merupakan siaran tidak berbayar (free to air – FTA) dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusi.
“Para peminat bola sepak boleh menyaksikan sebanyak 10 perlawanan kejohanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.
“Stesen penyiar FTA hanya dibenarkanmenyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya penyiaran perlawanan kejohanan bola sepak itu diambil setelah beliau berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut mencadangkan perkara yang sama. – WILAYAHKU