Berita

Senaman Tabata percuma buat warga Putrajaya

SENAMAN yang kelihatan ringkas tetapi melibatkan tahap intensiti yang tinggi. - Gambar hiasan
- Diterbit 26 November 2022 12:00 AM MYT

SIHAT. Warga Putrajaya dan kawasan berhampiran dialu-alukan untuk menyertai Program Senaman Tabata: Fat To Fit @ Putrajaya bermula 26 November ini.

Program kesihatan ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) iaitu SDGs, 3: Good Health and Well Being dan SDGs 11 : Sustainable Cities and Communities.

Sesuai untuk semua lapisan, senaman untuk menguatkan otot ini diadakan secara percuma pada setiap hari Selasa, Sabtu dan Ahad di lokasi berbeza iaitu di Dataran Putrajaya, Presint 3 (Selasa pukul 5.30 petang hingga 6.30 petang), Dataran Wawasan, Presint 3 (Sabtu pukul 8 pagi hingga 9 pagi), Taman Saujana Hijau, Presint 11 (Ahad pukul 8 pagi hingga 9 pagi).

Tabata merupakan senaman yang dapat meningkatkan kadar metabolisme serta mencapai tahap kecergasan dalam jangka masa yang singkat. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas