Selebriti

Shiha Zikir nafi ‘anak emas’ Todak Music

|SHIHA memberikan persembahan mantap sepanjang konsert berlangsung.|||SHIHA turut berduet dengan Kay Khydir dan Fadh Majid.||SHIHA bersama artis-artis yang membuat persembahan dan orang kuat di sebalik Konsert Todak & Friends
- Diterbit 8 Februari 2022 6:59 AM MYT

ARTIS serba boleh Shiha Zikir, 34 menafikan dirinya menjadi ‘anak emas’ kepada syarikat rakaman naungannya Todak Music.

Isu ini timbul apabila penyanyi lagu AEWO itu muncul sebagai artis utama dalam Konsert Revolusi 2022 – Todak Music & Friends yang berlangsung dengan jayanya di Petaling Jaya Performing Arts Center (PJPAC), One Utama, Damansara, baru-baru ini.

“Bukan begitu, barangkali kerana saya lebih lama sebagai artis dalam industri bersama-sama dengan Todak Music jadi tentulah saya mempunyai lebih lagu untuk membuat persembahan.

“Tiada istilah anak emas di sini malah rakan-rakan artis lain pun faham sebab mereka masih ‘fresh’ dan baharu dan rasanya mereka pun tak berfikiran begitu,” ujar Shiha yang mempersembahkan enam buah lagu dalam konsert itu.

SHIHA memberikan persembahan mantap sepanjang konsert berlangsung.

Antara lagu yang dipersembahkan Shiha ialah AEWO, Irama, Jagakan Dia dan lagu baharu berjudul Kalam.

Lagu Kalam adalah luahan hati Shiha selama 12 tahun menjadi anak seni.

Shiha turut menyanyikan lagu Ulang duet bersama Kay Khydir dan lagu Joget Cinta Sakti bersama Fadh Majid.

Penyanyi lain yang turut tampil pada konsert berkenaan terdiri daripada Bunga Isme, Muzza, Razak A’ai, Luqman Podolski, Dina Nasz dan kumpulan legenda, Gerhana Ska Cinta.

SHIHA turut berduet dengan Kay Khydir dan Fadh Majid.

Bertemakan ‘Revolusi Industri Muzik Tanah Air’, konsert berkenaan memaparkan perubahan revolusi industri muzik Malaysia sepanjang zaman dan kerana itu pemilihan artis artisnya pun dipilih mewakili genre muzik berlainan termasuk tradisional.

SHIHA bersama artis-artis yang membuat persembahan dan orang kuat di sebalik Konsert Todak & Friends

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion Sdn Bhd, Ikmal Fareeq, konsert tersebut telah lama dirancang namun terganggu disebabkan pandemik COVID-19.

“Sebenarnya, perancangan awalnya konsert ini sepatutnya bermula di Pulau Pinang tetapi disebabkan oleh pandemik COVID-19 ia terpaksa ditangguhkan lama dan hanya kini dapat direalisasikan walaupun dalam skala lebih kecil sebagai mematahui SOP yang ditetapkan Kerajaan.

“Kini, telah tiba masanya bagi semua pihak untuk bekeriasama memeriahkan kembali industri seni tanah air,” ujarnya.
Apa yang lebih menarik apabila Konsert Todak Music & Friends ini disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui My Creative Ventures dan Penjana serta mendapat kepercayaan penaja strategik, Profitto Business Solution Sdn Bhd. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas