KEMERIAHAN perayaan Hari Natal pastinya tidak lengkap jika ayam Turki atau lebih dikenali sebagai ayam Belanda tidak disajikan sebagai hidangan utama seisi keluarga. Ini kerana, secara tradisinya, haiwan berkenaan sangat dekat dengan budaya masyarakat Barat.
Malah, industri perhotelan juga tidak ketinggalan menyajikan hidangan berasaskannya dan metode masakan yang sering digunakan adalah panggang.
Bagi Hotel InterContinental Kuala Lumpur, hidangan bersempena perayaan Natal kali ini menampilkan kelainan menerusi sentuhan air tangan Chef Vincent Tan dan pasukannya.
Pengunjung yang hadir boleh merasai pengalaman Serena Brasserie’s ‘Around The World’ dan makan malam bufet ‘Garden To Plate’ dengan hidangan yang tidak dapat dilupakan menerusi pilihan segar dari ladang khas.

Lebih menarik apabila perkhidmatan ‘jamuan di rumah’ turut disediakan yang mana pengunjung boleh memilih jamuan gourmet untuk dibawa pulang.
Direka khas oleh chef berpengalaman, sajian berasaskan ayam Turki ditawarkan bermula RM588+ setiap set (anggaran 5 kilogram seekor). Pelbagai pilihan masakan disediakan antaranya traditional grandma roast US Turkey, ayam Turki diperisakan kuah percik di samping ayam Turki panggang dengan herba Cina.


Menjelang sambutan Tahun Baru pula, Tatsu Japanese Cuisine dan Tao Chinese Cuisine, ‘East Meets East’ Oriental Buffet disediakan.
Pengunjung juga boleh meluangkan waktu petang yang santai dengan rakan mahupun keluarga sambil menikmati set minum petang sepanjang pra-sambutan perayaan. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya di OneSixFive Lounge bermula 6 Disember ini hingga 1 Januari 2022.
Untuk mereka yang ingin mengabadikan percutian di bandar, InterContinental Kuala Lumpur turut menawarkan bilik sempena sambutan Hari Natal dan tahun baru.
Bermula RM579 per malam, pakej yang disertakan meliputi sarapan dan makan malam bufet di Serena Brasserie untuk dua orang dewasa.
Sebarang tempahan atau mahukan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-2782 6000 atau email [email protected]/[email protected]. – WILAYAHKU