
“DENGAN adanya Bayview Green Garden, ia membantu saya mengisi masa lapang dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan meningkatkan kecergasan tubuh badan serta saya juga dapat bersosial dan berinteraksi dengan ahli yang lain dan dapat mengurangkan stres yang dihadapi jika hanya berkurung di rumah.”

” BAYVIEW Green Garden adalah tempat untuk aktiviti berkebun dan pelbagai hasil tanaman seperti sayur segar boleh diperolehi di sini. Selain itu, Bayview Green Garden adalah tempat untuk penghuni di sini berinteraksi antara satu sama lain. Sepanjang PKP ketika ini, aktiviti berkebun dapat dilakukan untuk mengisi masa terluang.”

“UNIVERSITI Malaya sangat membantu, aktif dan memberi sokongan kepada komuniti Bayview Court 1D. Kerjasama daripada agensi lain juga menjadikan menjadikan Kebun- Kebun Sentosa “ Bayview Green Garden” sebagai satu contoh kebun bandar untuk kawasan setempat.”

56, Pembantu tadika
“SEBAGAI penghuni Bayview Court 1D dan ahli Bayview Green Garden, saya berasa gembira dengan adanya kebun ini kerana saya rasa seronok melakukan aktiviti berkebun di sini. Bayview Green Garden sangat membantu saya terutamanya ketika PKP kerana saya dapat peroleh sayur segar dari kebun ini.”

“BAYVIEW Green Garden juga menjadikan kawasan di sini kelihatan cantik. Ketika ini, ramai penghuni yang bekerja atau belajar di rumah. Jadi berkebun di rumah membantu sebuah keluarga menjadi positif dan sihat.” – WILAYAHKU