APABILA tiba hari raya, pasti ramai sibuk memikirkan juadah makanan yang senang dibuat di pagi raya. Betul tak? Lebih-lebih lagi tahun ini kita akan beraya di rumah masing-masing tanpa ahli keluarga yang pakar memasak. Namun ini tidak bermakna kita semua tidak dapat menikmati kesemua makanan raya kegemaran pada musim Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 ini kan?
Kali ini Wilayahku kongsikan lima resipi mudah yang boleh dibuat di pagi raya menggunakan air fryer. Fuh senangnya! Barulah rasa macam hari raya!
AYAM BAKAR RENDANG
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam dipotong
2 paket kecil kerisik
5 helai daun limau purut
1 1/2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit dihiris halus
1 1/2 cawan air
BAHAN KISAR
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
CARA PENYEDIAAN
- Gaul sebati semua bahan bersama ayam.
- Bakar suhu 160°C selama 20 minit.
- Terbalikkan ayam dan bakar lagi selama 20 minit.
- Nak bagi garing sikit naikkan kepada suhu 190°C selama 5 minit pada setiap belah.
LEMANG CAWAN
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras pulut
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Daun pandan
Cawan kertas
CARA PENYEDIAAN
- Basuh beras pulut sehingga bersih.
- Rendam beras pulut di dalam air selama 2 jam.
- Kemudian toskan air. Basuh bersih dan rendam dengan air santan dan garam selama 30 minit.
- Alas cawan dengan daun pandan sementara menunggu.
- Isikan beras ke dalam cawan dan tuang santan mengikut paras beras pulut.
- Panaskan air fryer pada suhu 180°C selama 5 minit.
- Masukkan beras pulut yang telah diisi dalam cawan ke dalam air fryer.
- Bakar 1: 180°C selama 30 minit.
- Bakar 2: 160°C selama 10 minit.
- Dah siap, biarkan selama 10 minit dalam air fryer sebelum dikeluarkan.
- Kemudian boleh dihidangkan lemang bersama juadah pilihan.
KETUPAT PALAS
BAHAN-BAHAN
1 kg beras pulut susu
1 kg santan pekat
1 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
2 ikat daun pandan
CARA PENYEDIAAN
- Basuh beras pulut dan toskan airnya. Campurkan santan, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masak dengan api sederhana sehingga hampir mendidih dan terus masukkan beras pulut. Masak sehingga likat.
- Apabila pulut dah sejuk, masukkan ke dalam daun ketupat palas. Ikat ketat dan kemas, dan simpulkan tangkainya supaya semasa masak nanti pulut tidak terburai dan air tak masuk ke dalam daun.
- Masukkan kesemua pulut yang dah siap ke dalam periuk, isi air hingga paras tinggi ketupat.
- Kemudian masak hingga airnya kering.
- Sebelum goreng di air fryer pastikan letak di dalam peti sejuk terlebih dahulu, goreng pada suhu 200°C selama 20 minit.
SATE AYAM
BAHAN-BAHAN
Dada ayam dihiris panjang
Bawang putih
Serai
Kunyit hidup
2 sudu besar gula perang
CARA PENYEDIAAN
- Kisar semua bahan kecuali dada ayam.
- Campurkan bahan kisar dengan sos tiram, garam, ayam dada dan perap selama 1-2 jam.
- Cucuk bahan perapan dengan lidi.
- Bakar suhu 160°C selama 10 minit. Terbalikkan dan tambah lagi bakar selama 5 minit.
KUAH KACANG
BAHAN A
500 g kacang
6-7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 barang serai
BAHAN B
Gula merah/gula
Cili kisar
Air
Minyak
Garam/perisa secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Bahan-bahan A disangai tanpa minyak dalam air fryer dengan suhu 160°C selama 15 minithingga masak.
- Kisar bahan A.
- Satukan kacang yang telah dikisar bersama gula merah, cili kisar, garam, serbuk perasa, air dan minyak ke dalam kuali.
- Kacau sebati, masak sehingga naik bau.
- Siap dan boleh dihidangkan bersama ketupat, rojak mee, sate dan apa saja mengikut cita rasa anda.