EMPAT buah rumah musnah dijilat api dalam satu kebakaran dikawasan setinggan di Kampung Batu Arang disini, hari ini.
Memetik laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.18 pagi dan 21 anggota dengan tiga jentera dikerah ke tempat kejadian.
“Kebakaran itu membabitkan rumah setinggan dan membabitkan empat buah rumah.
“Dua buah rumah tidak kekal (rumah kongsi 17 pintu) musnah sepenuhnya manakala dua buah rumah lagi hanya 4 peratus hingga 10 peratus,” kata laporan itu.
Dalam pada itu, seramai 47 mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala hanya seorang wanita berumur 30 tahun mengalami kecederaan di muka.
Api kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 11.47 pagi.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – WILAYAHKU