Berita

Polis tembak tayar kereta suspek dalam aksi kejar mengejar

KENDERAAN polis mengejar kereta suspek bermula dari Jalan Merdeka.
- Diterbit 1 April 2021 8:03 AM MYT

POLIS Labuan melepaskan satu tembakan ke arah tayar sebuah kenderaan disyaki memiliki dadah dalam aksi kejar-mengejar di Jalan Bunga Mawar di sini, semalam.

MOHD IBRAHIM

Ketua Polis Daerah Labuan Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, kejadian kejar mengejar itu berlaku kira-kira pada jam 9.30 malam yang membabitkan kenderaan peronda PDRM dengan sebuah kenderaan jenis Mitshubishi Lancer berwarna putih bermula di Jalan Merdeka.

“Kita terpaksa melepaskan tembakan pada tayar depan sebelah pemandu bagi memberhentikan kenderaan suspek.

“Ketika aksi kejar- mengejar, suspek cuba meloloskan diri dengan merempuh sebuah kenderaan Penguatkuasa Perbadanan Labuan (PL) yang sedang membuat rondaan di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ibrahim, hasil pemeriksaan pihaknya telah menemui lapan paket plastik lutsinar yang mengandungi bahan kristral disyaki dadah jenis syabu.

“Suspek berjaya ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh anggota polis yang bertugas. -WILAYAHKU- KHAIRUL IDIN

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas