Berita

Konsert Maya ITSU 360 Care U meriah! Kutipan amal diteruskan

|BARISAN Artis yang menjayakan konsert maya amal|AIMAN Tino |ERNIE Zakri mempersembahkan lagu Boneka
- Diterbit 21 Februari 2021 12:40 PM MYT

MERIAH! Itulah yang dapat digambarkan tentang Konsert Maya ITSU 360 Care U yang berlangsung semalam.

Apa tidaknya, kemunculan penyanyi-penyanyi hebat seperti Ella, Sufian Suhaimi, Ernie Zakri, Syamel, Aiman Tino, Naim Daniel, Ariff Bahran dan Dolla membuatkan peminat di seluruh Malaysia terhibur dan berpeluang untuk beramal.

Apa yang menarik, selama sejam setengah konsert itu distrim dari Mega Star Arena, sebanyak RM 77,000 kutipan yang diperoleh.

Kutipan amal diteruskan sehingga 27 Februari ini dengan sasaran RM500,000 untuk disumbangkan kepada para pejuang barisan hadapan yang terjejas kerana pandemik COVID-19.

Dihoskan oleh Azira Shafinaz, konsert maya ini menampilkan pandangan 360-darjah yang unik buat pertama kali di Malaysia dan distrim secara langsung melalui laman Youtube ITSU MY, Facebook ITSU WORLD, Facebook ITSU Indonesia, Facebook Amazing Creative Group, Facebook HK ATV, Facebook Star Planet, Bigo Live App, Shopee Live, Lazada Live serta, Laman Facebook, Instagram dan Youtube Touch n Go e wallet.

BARISAN Artis yang menjayakan konsert maya amal

Namun begitu, efek kamera 360-darjah hanya boleh dinikmati di laman YouTube ITSU MY sahaja.

Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu para pejuang barisan hadapan yang terkesan akibat situasi pandemik ini.
Jumlah yang disasarkan adalah sebanyak RM500,000.

Orang ramai boleh menderma dengan mengimbas kod QR Touch n Go ewallet yang dipaparkan semasa siaran langsung konsert tersebut. Bagi yang terlepas menonton, masih berkesempatan untuk menonton dan menderma.

AIMAN Tino

Persatuan Perubatan Islam Malaysia – IMAM telah dipilih sebagai benefisiari kepada tabung konsert amal ini.

“Konsert Maya ITSU 360 Care U adalah aktiviti pertama daripada pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami untuk membuat sumbangan kepada masyarakat.

“Kami gandingkan kempen baharu kami dengan konsert ini untuk menyebarkan perasaan prihatin dan penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk pejuang barisan hadapan.

“Berikan sumbangan anda kepada tabung sokongan pejuang barisan hadapan yang telah banyak melakukan pengorbanan untuk menyelamatkan negara kita daripada ancaman COVID-19.

“Seratus peratus daripada sumbangan orang ramai akan disalurkan untuk membantu pejuang barisan hadapan di Persatuan Perubatan Islam Malaysia – IMAM,” kata Pengarah Jualan Serantau dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

ERNIE Zakri mempersembahkan lagu Boneka

Konsert tersebut telah dimulakan dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan popular, Dolla yang menyanyikan lagu hit mereka, Impikan.

Kemudian Aiman Tino muncul dengan lagu Ku Hanya Sayang Pada Mu, diikuti Sufian Suhaimi (Di Matamu), Ariff Bahran (Kata Akhirmu) dan Naim Daniel (Purnama).

Seterusnya, konsert semakin hangat dengan persembahan Ernie Zakri dengan lagu popularnya, Boneka dan Syamel dengan lagu Halusinasi.

Akhirnya, giliran Ratu rock Malaysia, Ella pula menguasai pentas dengan lagu malar segar beliau – Layar Impian.

Konsert yang berlangsung satu jam dan 30 minit mencapai kemuncak apabila Ella menjemput semua rakan-rakan artis yang lain kembali ke pentas untuk mendendangkan lagu ikonik, Standing in the Eyes of the World.

Konsert ini dipersembahkan oleh ITSU, diuruskan oleh Amazing Creative Group, disokong oleh Star Planet dan, turut dijayakan oleh HK ATV dan Bigo Live sebagai rakan pengstriman, dan Touch N Go eWallet sebagai rakan e-dompet rasmi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman-laman Facebook ITSU WORLD, ITSU Indonesia dan Amazing Creative Group. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas