DUA buah sekolah di Labuan telah diberikan notis arahan penutupan susulan terdapat pelajar di sekolah berkenaan positif COVID-19.
Difahamkan, sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai dan Sekolah Kebangsaan Kerupang.
Kedua-dua sekolah akan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 20 Oktober.
Menurut sumber, pelajar di sekolah berkenaan didapati positif COVID-19 melalui kontak rapat.
Hasil tinjauan Wilayahku di kedua-dua sekolah tersebut mendapati kesemua pelajar, guru serta kakitangan pentadbiran telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Jabatan Kesihatan Labuan serta sedang menjalani kuarantin.
Dalam pada itu, ia merupakan penutupan sekolah yang kedua dibuat selepas SMK Mutiara yang diarah tutup pada 8 Oktober lalu.
Sebagai rekod, hari ini Labuan mencatatkan lapan kes baharu positif COVID-19 dan secara keseluruhannya mencatatkan sejumlah kumulatif 86 kes. – WILAYAHKU