Berita

Disifatkan Mati Katak, “Tolong Hormat Perasaan Keluarga Arwah SANDRA” – Pengurus Artis

|IRA Tahar meletakkan paparan skrin tentang komen seorang individu di |IRA Tahar meletakkan paparan skrin komen seorang individu di instagram story miliknya.
- Diterbit 12 September 2020 10:00 PM MYT

PENGURUS artis yang juga teman baik Allahyarham Sandra Dianne, Ira Tahar terkilan dengan komen negatif netizen yang  menyifatkan kematian kawannya itu sebagai mati katak.

“Walaupun saya tidak pernah menguruskan Sandra sebagai artis, tetapi kami rapat apabila sering bertemu di acara yang melibatkan ramai artis. 

“Jujur cakap, saya geram dan terkilan dengan komen tersebut. Tolonglah hormat perasaan keluarga arwah Sandra. 

“Kalau ada niat dalam hati nak komen yang negatif, nak maki atau hamun orang, lebih baik lupakanlah niat itu.

“Apatah lagi komen-komen yang negatif seperti cakap mati katak, balik dari tempat menyalak. Asal berkaitan hiburan dan artis, mereka kaitkan dengan sesuatu yang negatif.

“Janganlah pandang macam itu. Kami juga seperti anda di luar sana mencari rezeki dengan cara masing-masing,” kata Ira Tahar kepada Wilayahku.

Bagi Ira, lebih baik diam daripada membuat sesuatu yang boleh menyakiti perasaan orang. 

“Tak payahlah komen apa-apa kalau ia hanya boleh mengganggu emosi emak, keluarga dan kawan-kawan arwah. Lebih baik diam. 

“Tidakkah anda terfikir jika semua ini berlaku kepada anda atau orang tersayang, rasa perit kan? 

“Saya sendiri sebagai kawan pun sedih dan terkilan dengan komen seperti itu, apatah lagi ahli keluarga arwah.

“Saya harap netizen yang suka menghina orang sana sini, berubahlah,” jelas Ira yang merupakan pengurus artis bawah naungan Rusa Music.

IRA Tahar meletakkan paparan skrin komen seorang individu di instagram story miliknya.

Sebelum ini, Ira pernah meletakkan paparan skrin komen yang ditulis individu tersebut di instagram story miliknya. 

Komen yang menghina Allahyarham Sandra ini menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai.

Allahyarham Sandra yang juga peserta program Big Stage 2020 disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya awal pagi kelmarin (jumaat), selepas terbabit kemalangan pada Sabtu minggu lalu di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berhampiran Subang Jaya.

Jenazah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah, Sabtu lalu.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas