Berita

Seorang lelaki maut akibat terbabas

MANGSA tercampak keluar dari kenderaan yang dipandu.
- Diterbit 29 Jun 2020 2:29 AM MYT

SEORANG lelaki tempatan berumur 29 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Mustapha pada pukul 2.24 awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kemalangan maut melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan mangsa memandu kenderaan dari arah Pohon Batu menuju ke pusat bandar melalui Jalan Tun Mustapha.

“Kenderaan yang dipandu mangsa terbabas lalu melanggar sebatang pokok di tepi kiri jalan. Kesan pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada kenderaan ke atas jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut beliau, mangsa dibawa ke hospital Nukleus untuk tujuan bedah siasat dan Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas